Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan " guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas".
Sunday, 11 December 2011
Sunday, 4 December 2011
TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN KHAS
Berikut adalah tokoh-tokoh Pendidikan Khas yang berjaya. Jika kita memiliki anak istimewa, didik dan bimbinglah mereka sebaiknya, Insya Allah mereka juga pasti berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)