Sunday, 11 December 2011

KSSR Pendidikan Khas

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan   ( Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan " guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas".

Sunday, 4 December 2011

TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN KHAS

 Berikut adalah tokoh-tokoh Pendidikan Khas yang berjaya. Jika kita memiliki anak istimewa, didik dan bimbinglah mereka sebaiknya, Insya Allah mereka juga pasti berjaya.

Friday, 25 November 2011

UPSR 2011

Keputusan UPSR telah diumumkan pada 17.11.2011. Apabila keputusan diumumkan, saya merasa sungguh seronok dan bangga kerana ketiga-tiga mentee saya telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Tahniah Razin, Saraswathy dan Wan Kahirunnisa. Cikgu bangga dengan kamu !!!.


Tahun hadapan, debaran akan lebih kuat terasa kerana anak-anak ku akan menduduki SPM, PMR dan UPSR. Doa dari Ibu semoga anak-anakku mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah bagi sesi 2011 telahpun bermula dari 18 November lagi.
Siapa yang paling gembira? Tentulah anak-anak.. Tetapi, cikgu-cikgu pun tidak terkecuali juga. Masa ini lah dapat merehatkan sebentar minda dan tenaga yang telah dipergunakan sepanjang sesi persekolahan.

Namun perlu diingat. Cuti bukan masanya untuk bergembira 100% kerana perlu difikirkan juga perancangan untuk tahun hadapan atau sesi persekolahan tahun berikutnya.

Semoga sesi persekolahan yang akan datang ini menjanjikan perubahan yang positif bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan dan profesionalisme guru-guru.

Sunday, 25 September 2011

Berita Pendidikan Khas SKBB 2

Khamis, 26.9.11
Sambutan Hari Lahir Nurul Nadiah.

Ini ialah barisan guru-guru Pendidikan Khas  dan Pembantu Pengurusan Murid SKBB2



Jumaat : 18 November 2011
Majlis Anugerah Cemerlang SK Bukit Beruntung 2

Pada Majlis Anugerah Cemerlang SKBB 2, Murid-murid Pendidikan Khas telah membuat Persembahan Istiadat  Perkahwinan Melayu. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Isa b. Abu Kassim, Adun Batang Kali.
Adik Muhammad Daniel, telah mempersembahkan silat Melayu. Tahniah Daniel, Langkah silat yang sangat menarik.