Cuti sekolah bagi sesi 2011 telahpun bermula dari 18 November lagi.
Siapa yang paling gembira? Tentulah anak-anak.. Tetapi, cikgu-cikgu pun tidak terkecuali juga. Masa ini lah dapat merehatkan sebentar minda dan tenaga yang telah dipergunakan sepanjang sesi persekolahan.
Namun perlu diingat. Cuti bukan masanya untuk bergembira 100% kerana perlu difikirkan juga perancangan untuk tahun hadapan atau sesi persekolahan tahun berikutnya.
Semoga sesi persekolahan yang akan datang ini menjanjikan perubahan yang positif bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan dan profesionalisme guru-guru.
No comments:
Post a Comment