Friday, 25 November 2011

UPSR 2011

Keputusan UPSR telah diumumkan pada 17.11.2011. Apabila keputusan diumumkan, saya merasa sungguh seronok dan bangga kerana ketiga-tiga mentee saya telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Tahniah Razin, Saraswathy dan Wan Kahirunnisa. Cikgu bangga dengan kamu !!!.


Tahun hadapan, debaran akan lebih kuat terasa kerana anak-anak ku akan menduduki SPM, PMR dan UPSR. Doa dari Ibu semoga anak-anakku mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah bagi sesi 2011 telahpun bermula dari 18 November lagi.
Siapa yang paling gembira? Tentulah anak-anak.. Tetapi, cikgu-cikgu pun tidak terkecuali juga. Masa ini lah dapat merehatkan sebentar minda dan tenaga yang telah dipergunakan sepanjang sesi persekolahan.

Namun perlu diingat. Cuti bukan masanya untuk bergembira 100% kerana perlu difikirkan juga perancangan untuk tahun hadapan atau sesi persekolahan tahun berikutnya.

Semoga sesi persekolahan yang akan datang ini menjanjikan perubahan yang positif bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan dan profesionalisme guru-guru.